Thursday, December 9, 2010

taknak update lah. boleh?

eh! terupdate pulak. hahaha
xde idea nk tulis apa.


notakaki : mengidam sotong goreng tepung. jom g night market!

With Love : Sue

Wednesday, December 8, 2010

misi menyah'active'kan older post

malam yg agak, ops tak sesuai. malam yg memang dingin. sejuk. cepat-cepat tarik selimut. sel-sel mood kembali active walaupun organ mata sudah agak mengantuk.

target malam ni. nyahactivekan semua older post yg kurasa tidak sesuai untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca suci sekalian. kenangan itu. biar saja kutelan. simpan.kemas dalam hati. ohh no no. bukan dalam hati. tapi dalam blogger. kalau dalam hati, kena cepat-cepat tekan butang SHIFT+DEL (betoi-betoi nk buang niy..hahaha). bukan apa, rasa macam benda yg dah berlalu tu biarkan berlalu. perasaan ni kekadang tak bolh dilayan sangat. kalau dilayan, mmang menjadi-jadi la jawabnya. penat nak melayan. itulah sebabnya kita diberi akal untuk berfikir. jangan bazirkan kelebihan yg diberi.

mission started!!!!
jgn pelik kalau entry aku smakin berkurang..

notakaki : benda lama kalau disimpan nanti jadi masam. euwww! :)

bintang satu dua tiga

twinkle twinkle little star...bla bla bla...teringat lagu zaman muda mudi dulu. rasanya tahun 70-an dulu. masa tengah main kejar-kjar ngn atuk kamu tu dulu. uhuk. uhuk. manis macam gula masa zaman tu. uhuk. uhuk. maaf la cu.. nek ni dah berumur. kesihatan pun. macam ni la.

mohler kita dengar lagu ni. lagi seronok kalau dengar sambil makan pisang goreng. cicah pulak dengan sambal kicap (erk! taktau la betul ke tak).

zasssss!!


Isly Brainstewz- Twinkle Away versi akustik

With Love : Sue

Tak perlu kata apa-apa SENYUM :)



p/s : senyum tu kan sedekah..hihi

With Love : Sue

Tuesday, December 7, 2010

pesta lampu-lampu

Mostly semua negeri dah banyak pasang lampu-lampu tepi jalan kan. colourful. tapi zaman jahilliah dulu. pemikiran mmg agak kolot. selalu bebel sorang-sorang. ops! makcik bukan gila ok. cuma rasa ketidakpuasan hati gitu..saja mahu meluah. tapi ada aku kesah? takde kena kuarkan duwet aku sesen pun. hoh! kdekut disitu.

ok, lets start to the story. mungkin lapok bagi semua org. tapi baru bagi aku. biasalah, makcik ni tak pandai berjalan. ehh? ari-ari merangkak kah? haha. i-City..pernah dengar x tempat tu?alohh. tempat lampu-lampu cam pesta cahaya tu. mula-mula memang excited gak nak g sana. bila dah sampai, errr. no komen. ala-ala artis gitu. **muntah!

jom kita layan pic. rugi tak tayang. penat dok posing. haha!















With Love : Sue

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum!
tahun baru sudah memunculkan diri.
moga tahun ini segalanya akan lebih baik
mulakan dengan azam yang baru. tapi jangan lak salah faham, tak semestinya kena tunggu tahun baru, baru ley wat azam baru. everyday boleh start dengan azam baru. dan make sure azam itu dilaksanakan. bukan setakat nak berazam je. apa azam aku tahun ni?

pstttt...biarlah rahsia..nanti bila dah tercapai, baru aku warwarkan ea..
:D
With Love : Sue

Tuesday, November 23, 2010

happy aidiladha!

raya korban datang lagi.
layan pic jela.
tatau nk tulis apa.
nohh!








introducing..alia erisya..my new anak buah..haha

Tuesday, November 16, 2010

xie xie!

apa pendapat anda?
weuuu~~~

With Love : Sue

Saturday, November 13, 2010

me with the alien languange!

Zao an! ni hao ma!
jin tian shi xing qi liu

haha! cam best je kan bahasa alien tu.
memang terbaek lah.
japgi kul 2.15 pm. saya maho berdating-dating.
menghiburkan hati yang lara
hahahahaha...
ni men yao yi qi?
if yes, please inform me a.s.a.p..
all of you are invited :)

it's feel like my body are in that leapord mouth. grrrr!
hensem kan leapord tu??
B-)

Thursday, November 11, 2010

syg awk sgt2...

exam.exam.exam.
haha!
ne ade sayang-sayang ni.
campak lam rubbish bin je 
anda tertipoooo!!!
hahahahaa

Saturday, October 2, 2010

"We love because it's the only true adventure"
-Nikki Giovanni




With Love : Sue

Friday, October 1, 2010

"one word frees us of all the weight and pain of life. that word is LOVE"
-Sophocles

With Love : Sue

lagu?

bila bukak blog ni tadi, dgar lagu tu pulak. cam sedih je
'GOODBYE'
patot ke?
tapi kalau belom bersedia untuk menempuhi kehilangan,
dont ever2 say goodbye ehh.
nanti diri sendiri jugak yang sakit.
merana.
menangis tak berlagu pulak nanti..
sob2~~
papepon, moh ler layan lagu tu lama2 sikit.
agak2 dah boring nanti den tukor yer...
smile :)
With Love : Sue

Thursday, September 30, 2010

YAKIN ialah hilangnya keragu-raguan

'YAKIN ialah hilangnya keragu-raguan'
so, YAKINLAH dengan apa yang dilakukan.

With Love : Sue

NESCAFE panas satu!

MORNING :)
mulakan hari anda dengan senyuman macam iklan susu cap TEKO. teringat kucing tu minum susu pastu senyum melebar sampai ke telinga. comel aih.

awal bangun? oke saya tipu. saya bukan baru bangun. tapi MASIH belum melelapkan mata. alasan = STUDY. tapi rasanya macam tipu lagi. hahaha. anda DITIPU. buts, dont worry. saya kan budak baik. na mo tipu-tipu. kan kan.. gara-gara minom NESCAFE PANAS time dinner semalam, inilah kesan yang paling mujarab. dah memang jadi kebiasaan student, kalau nk stay up sampai tuk study, mesti nak minum nescafe an. selalunya kalau minum ubat tidur yang 3 in 1 tu, takdak la berkesan sampai camni. paling lama bole tahan pon dalam 3-4 jam. now, dah menghampiri 6-7 jam. masih bertahan. HEBATTTT!!!!!!!

esok kelas jam 11. rasa menyesal pon ada. tapi.............
tak baik menyesali dengan apa yang dah dilakukan. ye dak? gpun dah masuk perut, dah proses, maybe dah bertukar bentuk dan rupa. kita tunggu..........
esok petang midterm Rangkaian Multimedia.preparation hampir 50% sajork. hope-hope dapat menjawab dengan tenang.ameen.

sekarang, jam 5.52 pagi. saya sudah bosan. nyamuk-nyamuk jantan sudah mula mengorat disana dan disini. ade gak kena sembur ngn ridsect goodnite tak diganggu nyamuk ni kang. haih. g men jaoh2. nk berblogging pun susah. takpelah, jumpa len kali la ea?
babai~~~~~~~~~~~

tak faham kenapa mamat wat muka camtu. hak hak~~:p

With Love : Sue

yer. saya jahat. so?

bila kita baik dengan orang, orang selalu tindas hati kita kan. kenapa orang tak tindas tempat lain. kaki ke, hidung ke, mata ke, bontot ke.. asyik2 nk tindas hati. sebab apa hati..ada apa dengan hati.. sebab hati tu macam kapas. senang sangat nak attack.walaupun keras, tapi senang je nak cair. tak perlu nak panaskan atas api pun dah boleh cair. 

susah betol kalau niat kita yang lurus macam highway tu disalahertikan. walaupun kita penah ada krisis dengan someone, tapi tak semestinya semua kita kena simpan dalam hati. dalam perhubungan, mana ada 24/7 baik je. mesti ada jugak yang akan tergigit lidah. walau sedar atau tidak. terlanjur kereta boleh masuk gear reverse, then reverse, tapi kalau dah terlanjur kata apa boleh buat. ye dak?

lagi tak faham bila ada orang yang suka bermuka-muka. even tengah bersemuka. tapi ntah berapa banyak muka dia ada. pelik. tapi ini adalah benar. serius oke. orang macam ni susah nak describe. depan manis sangat. gelak. senyum. ramah. layan macam takdak apa yang berlaku. tapi kat tangan message dgn orang lain siap kutuk2 manusia2 yang ada kat depan mata tu. kalau berdepan dengan orang yg mcm, tak sure nak buat apa. rasa macam bole calonkan untuk pelakon wanita/lelaki terbaek la kan. at least takdak la sia2 dia berlakon. 

memang hidup ni tak boleh terlalu berterus terang. but for me, keikhlasan tu penting. if tak suka, just loud it. jgn sampai org tu find out sendiri. lagi menyakitkan hati. ye dak? nati pelbagai tindakan dan andaian yang timbul. even though org tu tak bersalah, tapi adatlah hidup kat pentas dunia. banyak dugaan dan pancaroba. berhutan, bergunung dan seluas laut yang perlu ditempuh. walau tak sekuat dan sedaya mana, nak tak nak, kena jugak tempuh. 

p/s : memaafkan orang tu satu amalan yang mulia. walaupun penah gado mcm mana pon, tapi tak boleh lari dariberdepan dengan semua kenyataan tu. kita bukan tuhan. takdak kuasa. jangan fikir diri tu hero/heroin yang hebat sangat. hidup kat dunia ni sementara je. cantik ke, hensem ke, popular ke, kuat ke, semua tu sementara je. tak perlu dikejar dunia. sebab dunia tu hanya persinggahan. 

wajib disertakan dengan gambar tuan punya blog. :))


With Love : Sue

Monday, September 27, 2010

sunset

'sunset' or dalam bahasa ibunda nya adalah matahari terbenam. betul ke? anggap je macam betul kalau salah pon. hak hak. sunset tu cantik kan? bangga jadi orang perlis. dapat tengok sunset waktu senja kat kuala perlis. tenang. oren-oren. cantik sangat2. sapa xpenah tengok sunset, jom dtg perlis. nanti boleh bawak tengok sunset.

'orang lama' selalu pesan, "toksah duk keluaq waktu maghrib. waktu-waktu magrib ni kena duk lam umah ja. jangan duk pi merayap taktahuan rata cerok." tak faham..? meh-meh nak translate..maksudnya, jangan keluar waktu senja. waktu senja kena ada kat dalam rumah. jangan pegi berjalan-jalan merata tempat. sekarang dah faham..? :))

tapi, pesan diorang la yg sering dilupakan. mana tidaknya, makin dilarang, makin seronok pulak dilakukan. tapi ada baiknya pesan diorang tu. diorang sayang kat kita, sebab tu diorang selalu berpesan. ye dak?

lagi-lagi bila nak tengok sunset. memang time-time senja tu, selalu sangat bertempek kat tepi pantai. tunggu sampai matahari terbenam. serius. sangat2 lah cantik pemandangan time tu. negeri lain kt malaysia ni ada ke? takde kan. rugi2..

perlis jugak best walaupun perlis tu 'sekangkang kera' jea. xpercaya? meh tengok dulu..


 last skali, kena la intreprem muka tuan punya blog. haha.
 kucing pon sebok nk posing gak.. ololo...chumil tol!

 sekian berita terkini sari saya. hua hua hua. 
With Love : Sue

Sunday, September 26, 2010

pujangga cinta part I

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
 itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


With Love : Sue

Thursday, August 26, 2010

pening

anyone wanna help me? since a few days ago dah cuba tambat hati dia ni. saket jiwa dan raga. pening! rasa macam nak makan-makan je dia ni taw. andai kau burger McD. dah lama kau lesap dalam perot ni kot.

sapa yang memang pro nk guna matlab application?

ana dengan rasminya melambaikan bendera putih! surrender dah rasa nak buat taw. give up ai! hukhuk

With Love : Sue

Wednesday, August 25, 2010

terjatuh di tengah landasan


melangkah. dan terus melangkah. meninggalkan sgla yg berada dibelakang. nekad. dalam hati. tidak mahu lagi berpaling. hanya mahu pandang kehadapan. yang lepas. biarkan ia berlalu. menjadi sejarah silam yang tersemat di kalbu. jauh. dalam hati. simpan ketat-ketat. tidak mahu terungkai lagi.

namun. tidak semua yang di rancangkan berjalan seperti aturannya. langkah itu melangkah laju. dan terjatuh. jatuh di tengah landasan. tanpa disedari. ruang itu terasa kosong. sunyi. sepi. tiada yang mempeduli. terlalu kerap ia terjadi. digagahi diri. bangun. cuba untuk melangkah ke tapak seterusnya. jatuh. dek kerana sakit yang ditanggung.

terduduk. diam tanpa kata. hanya bebola mata melilau melihat suasana sekeliling. padat. tapi tiada seorang pun yang cuba untuk mendekati. takut barangkali. fikiran ligat berputar. mengetatkan nat-nat yang sudah longgar dari tempat asal. mencari sekelumit idea. tetapi masih gagal. jangan mudah mengalah. bisik si hati.

to be continue...

With Love : Sue

..?

melangkah

With Love : Sue

Tuesday, August 24, 2010

lagi..?

dugaan apa lagi kali ni..?
kalau komputer ada syntax error tu, boleh gak nk godek-godek cari solution. takdak la rasa serba salah kalau nk tampal dgn coding2 yg sesuai tuk betulkan error biaq dia run cantik-cantik. dah mmg sah-sah nampak depan mata apa yang jadi.

kalau hati tu camana pulak..? takkan nk g bli plaster luka tu tampal-tampal kat hati ni. atau guna plaster simen tu biar jadi hati batu..? mengeluh lagi..tak habes2 dgn dugaan. baru je nk cool down, ada je dugaan laen mendatang. walau hati terhiris, luka berdarah lagu mana pun, still try nk senyum macam pakcik kepci tu..comel kan..?org ckp, kita kena jaga hati, jaga supaya jauh dengan dendam, hasad dengki, cemburu dll. tapi kalau dah jadi camni, apa nk buat. pendam sorang2 dalam2 biar takdak org taw. 

mengalah..?undur diri..?apa nak buat..?esok test lagi. wish me luck!

With Love : Sue

cupcakes free!

teruja dengan title?
perot terasa lapar?
yes! background baru lagi.
ouh cupcakes! i love!
sapa ada volunteer nk buatkan saya cupcakes?
please..please...

With Love : Sue

pink oh pink


hey2! saya dah tukar background. 
pink! terasa macam sgt gegirl beb.
mood macam ombak.
kejap ok kejap ko
kejap gelak macam budak dpt mainan, kejap teriak macam org ilang anak.
ehh! adakah saya sudah gila?
harus pergi berdating dengan si doktor secepat mungkin ;p

With Love : Sue

Saturday, August 14, 2010

Nyawa Hidupku -Adaband-

Angin malam berhembus,

lirih dingin menyapa
Coba merasakan,
semilir kehadiran mu
Tuhan ku tanya cinta,
kemana arah dan tujuannya
Bila memang berpisah,
mengapa maut yang pisahkan
[Reff:]
Aku memuji mu, hingga jauh,
terdengar syahdu ke angkasa
Rintihan hati ku, memanggil mu,
dapatkah kau dengar nyawa hi-dup ku
Runtuh jiwa raga ku,
hancur berkeping-keping
Tangan dan kaki tiada,
berpijak di bumi lagi
[Reff]
Kau,
menelanjangi,
diri ku s’lalu,
lewat indahnya,
peluk kasih,
merangkul kalbu,
yang membelenggu,
dan kini,
tinggalkan ku
[Reff] (x2)

With Love : Sue

Friday, August 13, 2010

6ixth Sense - Yang Sempurnakanku Lirik

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu



*just can share the lyrics tp xley share lagu...sedey2! tsk tsk!*
With Love : Sue

Tuesday, July 20, 2010

mencari kebenaran

adakah semua yang berlaku selama ini adalah kesilapan yang amat besar dilakukan? menyesali? mungkin. tapi lidah tidak pernah tewas dari menuturkan sesuatu yang mungkin menyakiti perasaan orang di sekeliling. tanpa sedar. bukan sengaja. tapi sering disalahertikan. salahkah untuk memberi pendapat. mendengar segala keburukan. terguris. sakit. namun semua itu mungkin ada kebenaran. masih cuba mencari dan menggali sekelumit kebenaran. terasa bersalah jika tidak bertentang mata dengan empunya diri. andai apa yang di dengar adalah salah, maka berfitnah la aku. dan andai ia adalah benar, mengumpatlah aku. maaf. pada mereka yang terlibat. mungkin kehadiran mengganggu ketenteraman diri.

With Love : Sue

Saturday, July 17, 2010

kehidupan budak hostel

ada yang suka dan ada yang tidak..pelbagai rencah, asam garam hidup di hostel yang akan atau telah ditempuh..kalau masak maggi mesti sedap sampai menjilat mangkuk..

normally..banyak rules  yg kena ikut bila duduk hostel. salah sikit kena denda..kena daftar alat eletrik la, itu la..ini laa...act, benda2 alah ni bagus jugak untuk melatih diri supaya lebih berdisiplin..tapi bagi orang yang degil macam aku ni, mmg hampeh habes la kena duduk hostel.

first thing masa masuk hostel, pelbagai benda bermain di fikiran..kawan baru, tempat baru, katil lama..ohh~~! sangat xsuka...and yg paling saket ati bila isi rumah sudah ditentukan..kalau dulu, boleh je pilih nk duduk dgn sape..nasib baek aku stil bersama roomate ku..haha!gelak besar!

kalau dulu ( stayed kat umah sewa )..

- suka hati je nk balik kul bapa...12 tgh malam ke 1 pagi ke.. sekarang? before kul 12 mesti terpacak depan pintu pagar hostel...after that, sure tido kat luar berlengan kan tangan la jawabnya!

- boleh jer bukak radio kuat2, memekik, terjerit terlolong cam orang gila..takde sapa nk tegur ( nasib la dapat jiran sporting ) ...sekarang? semua kena control..kena hormat orang2 dalam umah yg nk study..xboleh nk bising2...hoho~~!

- kawan baru??? sangat susah bila nk "ngam" dengan orang baru..aku ni dah la susah skit nk bukak mulut..orang ckp ada lombong emas dalam mulut..kalau boleh gadai, dah kaya agaknya..haha. harap2 bila dah lama2 sikit ok la kan?

- bila duk hostel ni, mulala nk homesick xtentu pasal. kalau duk umah sewa dulu, oke je..parents jauh jugak..xboleh nk jumpa every week jugak. tp entah! lain je rasa.

- paling xbest, air kat sini kotor! nk masak air panas pun susah. haih! nk masak makanan lain memang la xboleh. bayangkan lah, kalau masak kena denda sampai rm 50. gila hape! baek aku makan pizza ke ape ke. lagi sedap!

tapi bagus jugak duduk hostel ni..

-ada  wireless free.. (yang ni mmg penting)..mana bole hiduo xde internet woo~~!
-katil, tilam sume xpayah fikir nk beli..mmg dah tersedia..
-bil eletrik, air sume kolej tanggung..gunala byk mana pon, xde orang nk peduli..suma tu terletak pada diri la nk berjimat or apa..kalau membazir tu kan amalan syaitan..jgn diikut :))

for me, mana2 pun bole..cuma take time la untuk sesuai kan diri dengan suasana baru.. why kena masuk hostel? because, aku dah jadi budak junior balik! hahaha...kecian kan?

With Love : Sue

Thursday, July 15, 2010

???

senang untuk menyayangi,
sukar untuk melupakan,
dan sengsara pabila berpura-pura.

sakit kan? sendiri cari penyakit dan sendiri harus selesaikan.
semester baru bermula.
tidak lagi sebagai seorang pelajar diploma, namun sebagai seorang pelajar ijazah sarjana.
rasa masih sama.
luka masih terus berdarah
kapan ia akan sembuh?
termenung sejenak..

jangan mengharap pada yg tidak sudi
harus melupakan atau menjauhkan diri?
masih keliru
hati! berhenti!
tapi kelaut mana harus ku lari?

With Love : Sue

Saturday, June 12, 2010

Sawadikapp....
tetiba speaking thailand kat sini pulak..hehe

baru je melawat blog yang kesakitan ni, dah ada tag dari k.keyyah.. thanks sis...
jom kita menjawab soalan :)


(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)

1. Orang panggil saya sue
2. Seorang perempuan
3. Orang cakap hidup saya agak complicated (kawan-kawan ckpla)
4. Nampak sombong dikalangan orang-orang tak dikenali (padahal kepoh je...hehehe)
5. Suka mendengar dari bercakap
6. Pendengar yang setia
7. Cepat terasa hati tapi disimpan dalam hati
8. Cepat panas bila ada orang kutuk2 tentang perkara yang langsung xde asas..kalau betol takpe jugak kan...
9. Sangat sayang keluarga saya. tanpa mereka siapalah saya disini :)
10. Takot dengan stranger
11. Sangat ngeri dengan binatang yang menjalar..geli ohh!!!
12. Jugak tak suka lipas..huhuhu
13. Cengeng....part ni eden tok sukooo..haiyaaa
14. Suka jalan-jalan tapi sekarang ni terpaksa lepak-lepak kat rumah je sbb poket dah kering
15. Sekarang sudah ada hobi baru...melayan keletah kanak-kanak...dulu saya seorang yang bengis sbb susah senyum...kalau baby tengok je, mesti nak nangis..hahahaha garang kan?
16. Nampak tegas tapi lembut
17. Susah nak marah tapi kalau dah marah memang susah laa..sebab nati aku akan bertukar dari banyak cakap terus jadi pendiam seribu bahasa..sepatah ditanya dan sepatah dijawab
18. Suka berangan nak kawen dengan anak raja..wakakaka ni angan-angan versi mat jenin niy..kecik-kecik dulu suka main kawen-kawen dengan sepupu2..nahhh..sekarang bila dah besar, semua malu-malu cat...hikhik
19. Benci pada keganasan..kecian pada orang-orang Gaza yang sedang menghadapi ancaman orang-orang Yahudi...huhu kejam!
20. Mahu belajar sampai ke Ph.D... pastu stop. boleh?hehehe tapi belajar kan tak pernah habis..menuntut ilmu sampai ke tembok besar china..Kalau tiang besar tepi jalan ok jugak kan... ;p
21. Suka bergayut di telepon lama-lama sampai penat..muahahaa perangai sangat burok
22. Hobi sekarang, suka tukar-tukar nombor telefon..kihkihkih kecian mereka sebab pening nk msg den yo..
23. Saya sayaang diri saya...itu yang paling sebenarnya dalam hidup...


(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
-pikaka
-wawa
-dll
With Love : Sue

updated!

Good morning world :)
akhirnya blog yang sudah bersawang dan penuh debu-debu kotor ini dicuci dan diupdated jugak...
pagi yang ceria
sejuk..dingin..angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan badan ini terasa seperti mahu terlentok kembali
tetapi angan-angan itu harus dikuburkan saja kerna perlu membantu makjang berniaga
aktiviti for today
jom bekerja dengan jiwa yang gembira!
hehehe
With Love : Sue

Wednesday, June 2, 2010

tersenyum :)

tersenyum melihat gelagat mereka disekeliling
ketawa, riang, ceria
bahagianya rasa!
:)


With Love : Sue

bila dapur diselongkar

habis semua makanan (yg boleh dimakan sahaja) aku telan
mood rajin memasak pun datang
pelbagai juadah merepek aku sediakan
lepas tu takde sapa nak makan :(
terpaksa la habiskan semuanya sorang-sorang
hehehe
boring duk umah punya pasal
habis bersih semua part kat umah aku kemas,
sedangkan sebelum ni, nk mengemas pun malas ;p
apa nak buat cuti-cuti ni?
berat dah semakin meningkat dari jam ke jam disebabkan gejala makan tanpa henti berlaku
bayangkan laa, boleh dikatakan every second mulut ni asyik mengunyah je
memang la kan..
nak g bercuti bajet xde
so, g kacau my granny je la ari-ari tanpa jemu
bila lagi nk jadi cucu yg solehah..yer dak?
sume magazine2 lama aku telaah..tp still boring jugak
ada sebarang idea?
T_T

With Love : Sue

Tuesday, May 25, 2010

akhirnya

hola hola..
ari ni ada beberapa perkara yang aku rasa macam happy tersangat and ada jugak yang tak best untuk di story mory kat sini...
lets start dengan cerita yang happy..
first and foremost..
smlm ada request nk diawalkan tarikh untuk tukar kad alumni kann..
Alkisahnya bermula bila amy ( housemate ) ajak g fakulti.. nak tanya pasal kad alumni segala tu.. yela, kitorang abes kelas this wednesday bersamaan 26 may 2010..pastu nk kena stay lepak kat melaka sampai 7 Jun 2010 semata-mata nak buat kad alumni yang hanya mengambil masa 5 minit tu jeh.. senyum senyum snap! dah...setel..then dah boleh kampung dengan selamatnya.. tak rasa ke membuang masa namanya tu?? nk stay sampai seminggu kt melaka niy..dengan rumah yang sewa yang xtawu kat ne..sob sob..malangnya nasib orang merantau..kalau kat tempat sendiri kan senang..xyah nk fikir umah sewa ke ape ke..nk makan pun balik makan kat umah..jimat wooo woo woo..hehehe

macam biasa break for breakfast around 10 am.. semalam memang dah bincang2 ngan amy nk g BPO ( bahagian yang bertanggungjawab untuk urus benda alah ni )..nak g ngorat-ngorat pakcik-pakcik kat bpo tu..mana la tau dapat diawalkan tarikh..hehe terpikat ke pakcik-pakcik sekalian? ouh! mesti lah tidak. badan xsolid macam Scha sapa la yang nak ;p ok cukup merepek! tapi itu plan semalam. bila terjadinya hari berkenaan atau bersamaan hari ni la kan..kitorang xjadi g BPO..hanya pergi fakulti saja..kunun2 nak jadi student baik la kan..papehal refer fakulti..sebenarnya xtawu lokasi BPO tu kt mana sbb langsung xpernah pergi... sedangkan library yang tersergam indah tu pun baru 2 kali ku jejaki, ini kan BPO yang baru pertama kudengari.. xpernah langsung tawu kewujudan BPO tu..selalu BPA tawu laa.. muahaha

bila dah sampai depan pintu fakulti, amy dengan selamba menuju masuk..aku? aha! rileks2 sudah..jalan slow-slow sebab berat dah makin meningkat menyebabkan aku tidak terdaya menampung..huahuahua..makan free ari-ari caner xgemok dibueknyo? masuk2, abg zuraimi yg selalu kitorang refer tu xde lak kt meja..dah terdetik dalam ati..ayooo...mana abg zuraimi niy pergi..aku dah la "kurang biasa" dengan orang-orang kat sini...malu! malu! malu! haiyaa malu xbertempat.. amy yang tadinya jalan penuh yakin pun dah terbantut perjalanannya.. dia dah berpaling, sue!! macam mana niy?? dengan pandangan yang kompius dan dahi sudah berkerut-kerut 5juta million..

aku hanya tersenyum...nasib baik ada akk yang baik ati..tanya kitorang nk apa..tah ape ke name tah..akk mmg cun lah! tetibe..mesra rakyat gitu..wahh! dah macam YB pulak.. pastu, setelah menyatakan tujuan yang telah diperam semalam, segalanya terluah akhirnya.. akk cun suruh kitorang refer kepada si abg kachak niy..ini puun xtawu jugak namanya..hish! da 3 thn belajar kt sini..nama staff sorang pun den xtawu..apo nak jadi ni..huhuhu

tujuan dan objektif kehadiran diperjelaskan sekali lagii.. abg kachak seperti cuba mahu membantu..walaupun dia xsenyum tp i tergoda u! ouh! tipu..tipu..lelaki itu semua dusta. ehh tetiba lak..adoyaii jgn emo..jom teruskan cerita..

1 kalii call BPO xdapat..2 kali call engaged pulak.. 3, 4 kali call..isk! asyik engaged sajork.. org-orangan kat BPO mungkin agk bizi dengan panggilan-panggilan hangit dari student2 yg mcm kitorang ni kot agknya.. call then call then call baru dapat.. sopan ouh dia ckp kt telefon..sekali lagi ku terpesona.. hah! kejiiii! dusta lagi..kahkahkah percaya? silakan...

agak lama dia bersembang ditalian..akhirnya..jawapan sudah pasti..dan sudah bulat..abg kachak ckp cmniy.." okey..awak boleh buat kad alumni ni pada rabu dan khamis ni..ikut la mana-mana awak free".. kitorang yg sengal pulak bertanya.. " ari rabu ngn khamis je ke? ari lain xboleh? --> sambil tersengih2..konon abg tu tergoda la kan..cess! abg kachak jawab..." tadi awk ckp nk rabu khamis..." hah! hambek ko! kan dah kena..huahuahua..sebenarnye saje je nk kacau abg tu..hikhik kejii!

kuar dari pintu fakulti..lokasii depan lif..
amy : YESS! YESS! setel satu problem...muahahhaa...gelak dengan senang ati
aku : HOOOREY!!!! boleh blk awaiiiii!!!!

pastu sambung lagi jerit dlm lif..hahahaha giler! happy happy dan happy! dah xperlu nk stay sampai 7 jun lagi..ngeh2~~balik kelas dengan senyuman..excited bagitau kawan-kwn yg lain...hah! dak-dak rumah semua nk blk buat ari rabu natii..nk buat sama2..yeay! jumpa korang nati okeh..

selesai satu kisah gembira..sad story..?
nak tawu gk ke? xperlu kot..biarlah cerita gembira saja dikongsi..cerita sedih kita simpan dulu..hehehehe takbest la kan asyik cerita sedih je.. tapi agak terasa ati.. apapun, smile =) sbb senyum tu boleh buat orang disekeliling kita bahagia..alhamdulillah..segalanya telah dipermudahkan walaupun duka tetap ada..chill suhaini! chill!

 dan akhir sekali, jom hayati hadis yg aku terbaca niy..subhanallah...

" Pada akhir zaman, umatku terpecah menjadi tiga golongan. satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan riak dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, " Apakah tujuanmu beribadah kepada-Ku?" Maka dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu aku beribadah dengan tujuan mencari makan dari manusia." Allah berfirman, "Tiada memberi manfaat apa yang kamu telah kumpulkan." Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudia Allah s.w.t bertanya kepada orang yang beribadah dengan riak, "Dengan kemuliaan dan ketinggian-Ku, apakah tujuan ibadahmu kepada-Ku?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu, aku beribadah dengan riak." Allah berfirman, "Tiada satu pun yang sampai kepada-Ku." Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadah dengan ikhlas. Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepada-Mu dan mengharap redha-Mu,"Allah berfirman, "Benar hamba-Ku." Dia pun dihantar ke syurga."
(dipetik dari hadis riwayat Thabrani) 
With Love : Sue

Monday, May 24, 2010

!!!

homesick!
saya maho balik!
rendu orang-orang kt kampung
lembu kerbau belakang umah dah rendukan saya
miow-miow jiran sebelah rumah pun sudah lama tidak mendapat belaian kasih sayang penuh suci dari saya
dah rendu nak buli si kenet..
perasaan geram membuak-buak yang telah diperam sekian lama telah bertukar menjadi hulk berbadan pepel untuk gigit-giiiiiggggiiiitttt tangan si kenet yang tembam
ohh..!!! saya mahu balik
saya taknak duduk sini lagi
saya taknak sakit rendu orang lagi

cikcik bpa, boleh tak tolong cepatkan tarikh tukar kad alumni?
31hb ke...1 hb ke..
boleh la..boleh la...
kita kan kawan..
T_T
With Love : Sue

Sunday, May 23, 2010

Aku Percaya Kamu

Aku Percaya Kamu
Melebihi Apa Yang Orang Katakan Kepadaku
Aku Percaya Kamu
Tak Perduli Apa Yang Orang Katakan Tentang Kamu

Chorus :
Yang Kutahu Kau Selalu Sejukkan Hatiku
Yang Kutahu Kau Selalu Ada Di Saatku
Membutuhkanmu Kau Selalu Ada
Disaatku Rapuh

Aku Percaya Kamu
Hidup Ini Takkan Berarti Tanpa Kau Disisiku
Aku Percaya Kamu...ooo...
Kau Takkan Pernah Berhenti Tuk Selalu Mencintaiku

Back To Chorus:

Woo..Ooo..
Aaa..Aaa..Ooo...Ooo
Yang Kutahu Kau Selalu Sejukkan Hatiku
Yang Kutahu Kau Selalu Ada Di Saatku
Membutuhkanmu Kau Selalu Ada
Disaatku Rapuh (2x)
Disaatku Jatuh

by: D'Masiv
With Love : Sue

Saturday, May 22, 2010

+ve atau -ve..yg mana lebih baik?

kita diberi akal untuk berfikir
namun terkadang kita terlebih berfikir atau langsung tidak memikirkan
orang ckp,
jgn pernah berfikir negative ( -ve ) tentang sesuatu perkara
amalkan berfikir secara positif ( +ve )
tetapi...bila kita sudah cuba berfikir dan meletakkan sesuatu itu secara +ve, namun kita tahu hakikat sebenarnya adalah berlawanan dengan apa yg kita fikir..
perlu ke pemikiran secara +ve itu diteruskan?

berfikir secara +ve juga boleh membuat kita menjadi seorang yg lebih +ve dan bahagia dengan kehidupan yg dilalui..segala masalah dapat dihadapi dengan bijak
tapi, jika terlalu +ve, terkadang ia juga boleh membuatkan kita hanyut dengan perasaan sendiri..
lagi terok jika kebenaran yg diketahui adalah sebaliknya

jadi, mana satu lebih baik?
berfikir secara +ve atau -ve?
atau hanya berfikir in the middle of both?
With Love : Sue

Friday, May 21, 2010

terkena jangkitan penyakit yang tiada ubat

aiyoo...cik! cik!
saya sudah terkena satu penyakit.
parah! dan sangat merbahaya! 
tapi ia tidak berjangkit...(ouhh..selamat2..mesti risau kan..ahahaa)
kat mana saya nak cari doktor untuk ubatkan penyakit saya niy?
sapa tawu???nanti saya belanja  ais batu eksem kosong dalam peti
?
?
?
tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
.
.
.
.
.
sebenarnya kan...saya kan..kan..kan..(dengan nada gedik manja.sila muntah!)
saya kena penyakit niy..
nak tawu sakit ape?
sila search kt uncle kachak google..hahaha sungguh baekk kejiii!

oke oke. no gimik lagi..meh ai berterus terang tp nk bengkok sikit-sikit
saya kena penayakit KEMALASAN daaaa..
esok saya ada kelas..
tapi saya double triple malas sangat+++
saya taknak pergi kelas boleh? xnak hadir kelas tu...nak ponteng..(bukan sama ke)
tapi saya nak tgk attendance saya kt attendance sheet tu full
nak kotak-kotak kosong yang disediakan tu dipenuhi oleh autograph2 saya yang kiut tu
whoaa!!!macam mne niy???
baru 10 hari kelas tu berlalu..
tp rasa macam dan 10 bln..Oh My Gucci! tetibe kena demam Pisau Cukur (:

hari-hari saya pergi kelas saya online
tapi saya buat-buat xonline.(invi ym, fb chat segala)
konon-konon nak fokus belajar..
tapi saya layan muviee.. ((:

bila lecturer datang, saya pun bukak virtual machine yg dah di install dengan Linux tu
berlakon tengah buat keja
padahal saya tengah sakit perot sbb tahan gelak tengok citer korea tu
heroin dia jatoh longkang, hero terkedek-kedek dtg nk selamatkan. hahaha

tapi jangan salah faham..
saya belajar tetap belajar..(sejuk ati mama kt kampung)
muviee sebelah, window tuk Linux tu sebelah
saya dah adjust baek punya cilok
kan screen monitor tu saiznya, besar-sebesar alam. (ini tipuuuuu)
jadi, saya taknak membazir ruang-ruang yang ada...
mama saya cakap, tak baek membazir..dosa..tuhan marah..
saya ikot laa ckp mama saya
sbb saya kan anak yg baekk (:

ouh! dah banyak yang out of the topic..
macam-macam saya dah merepek
tapi....
macam mana niy..?
esok kelas dari 9a.m until 5p.m
saya malas!!!
pergi kelas saya bosan..
tapi saya suka jugak sebab banyak input saya dapat

hah! saya merepek lagi
saya rasa saya nak sambung baca buku tebal tu
best2..tapi ntah bila nak abis...hikhik
(-_^)"

notakaki : bila baca balik baru perasan, berapa banyak "tapi" daaa..hehehe
With Love : Sue

mimpi lagi

kalau kita mimpi kan...
ape maksudnye?
adakah disebabkan org yg slalu interframe dalam mimpi kita sedang merindui kita
atau kita yang ter"over" rendu dia
takpun semua tu hanya mainan tido?
haih rendu! bila nk hilang rasa niy...
huarghh!!!
With Love : Sue

Thursday, May 20, 2010

:(

Saya rasa saya rendu dia!
SANGAT!
tp dia mesti tak rendu saya kan?
*sigh*

With Love : Sue

researcher turun padang

mood : saya mahu jadi saintis!

haha tetibe je nak jadi saintis.
mlm yang gelap kini tetap gelap..lalala..nanana
sambil dengar radio yang tak seberapa nak online..
plus
bergolek ke kanan dan ke kiri
seperti ayam golek yang sedang dipanggang..
nyum..nyum! *tetibe perot mendendangkan lagu irama indie*
ouh!! hanya nampak screen putih..
bosan!
hari-hari macam niy
rasa macam nak muntah purple pun ada  ):

ehh..ehh! ada nampak yang saya nampak?
ms.diary sudah bertukar wajah lagik..
wahh3~~rajin betol tukar baju sekarang eyh..
saya sokaaaaaaaa!!!
explore tukar template..
last-last jadi jugak..
ngeee~~!

cantek kan?
*wink wink*
perasan!
ahahaha
jom baca buku lak
~daaaa~

Wednesday, May 19, 2010

akde ajok

hey hey! pagi-pagi dah sakit perut! taksuka tol sakit niy..haiyaaa~~!$%$^%*
rasa macam nak tido je kat dalam kelas niy..boleh?
tapi lecturer tu ade kat depan..
dah la aku duk 1st row..nati nampak sangat pulak..huh!

tetibe rendu nk cari gadoh ngn org..
sape nak gadoh?
jom gadoh ngn aku..
tapi nk gadoh sal ape erk?
think! think!

final punya result not bad..
alhamdulillah..tp tu baru senarai tampal
lom confirm oleh senat lagi..adushh!!
hope xde perubahan...if ade pon..naik kan lahh grade ku...
(owhh!!!saya sangat tamak~~!kejiiii)

erk!susah nye nak faham org..
betul kata ayah..
"buat baekk ngn org berpada-pada"
hah! padan muka diri sendiri..
buat baekk ngn org, org pulak buat ??
haishh biar je lah..
tak faham dan malas nak ambik faham g..

uhh tetibe emoo..
dah2 xnak ngarang lagi..
tak pasal-pasal jadi kontroversi plak..
ahahahaha
~OUT~

Saturday, May 15, 2010

# tag #



kena tag dengan k.keyyah ...
skali kena 2 tag daa...
hehe
jom kita layannnn.....

#Tag 1#

1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
someone yg jauh dimata

2. Apakah nama samaran kamu?
sue...ninie...ain...suhaini of course

3. Berikan 3 orang yang kamu sayang.
3 ja? byk ni org yg disayang (:

4. Panggilan untuk si dia.
urrr..ermm..speechless.

5. Hadiah yang kamu impikan dari seseorang yang istimewa.
tak kesa..asalkan dia ingat dan menghargai kehadiran saya disisi, itu pun suda cukop bermakna

6. Blog mana yang kamu suka visit?
banyak...tp sekadar silent reader sbb mls nk tgl jejak ;p

7. Tagkan kepada 15 orang rakan blogger kamu.
sapa2 yg nk amekla..hehe

#Tag 2#


"award nih perlu di tag kepada 20 orang blogger.."
 (copycat dari blog k.keyyah sbb mls nk taip..agaga)
erk! kena tag 20 blogger?
adeitt..saya malas dan malas~~!
kepada sesiapa yg baca entry niy,
jgn maluu-malu amek tag niy oke..
(:

last but not least,
mekasehh sis for the tag..hikhik
jumpa mlm niy oke?
daaa~~~!

Friday, May 14, 2010

bila janji hanya tinggal janji

bila janji hanya tinggal janji
tiada apa yang boleh dilakukan
seminggu berlalu
dan..
hanya pasrah dengan ketentuanNya
tiada hak untuk melawan hakikat sebenar
mustahil untuk menuntut janji supaya ditunaikan
ohh.
tidak lagi berdaya
hanya mampu melemparkan senyuman dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku
menanti dan terus menanti
dan ia terus menyesakkan nafas itu
segala perasaan dan fikiran tersurat mahupun tersirat akan disimpan kukuh lalu dilontarkan jauh ke sudut hati
tidak perlu dikongsi dengan sesiapa.
baru tersedar dan terjaga dari mimpi yang panjang
yang sebelumnya hanyut jauh ke lautan perasaan
dan sekarang, cuba kembali ke persisiran
status itu perlu diperjelaskan kepada diri sendiri
hubungan yang terjalin hanya sebagai sahabat
jadi, jangan pernah berlebih-lebih kerana kelak diri sendiri yang terluka
moga kamu bahagia (: