Tuesday, July 20, 2010

mencari kebenaran

adakah semua yang berlaku selama ini adalah kesilapan yang amat besar dilakukan? menyesali? mungkin. tapi lidah tidak pernah tewas dari menuturkan sesuatu yang mungkin menyakiti perasaan orang di sekeliling. tanpa sedar. bukan sengaja. tapi sering disalahertikan. salahkah untuk memberi pendapat. mendengar segala keburukan. terguris. sakit. namun semua itu mungkin ada kebenaran. masih cuba mencari dan menggali sekelumit kebenaran. terasa bersalah jika tidak bertentang mata dengan empunya diri. andai apa yang di dengar adalah salah, maka berfitnah la aku. dan andai ia adalah benar, mengumpatlah aku. maaf. pada mereka yang terlibat. mungkin kehadiran mengganggu ketenteraman diri.

With Love : Sue

Saturday, July 17, 2010

kehidupan budak hostel

ada yang suka dan ada yang tidak..pelbagai rencah, asam garam hidup di hostel yang akan atau telah ditempuh..kalau masak maggi mesti sedap sampai menjilat mangkuk..

normally..banyak rules  yg kena ikut bila duduk hostel. salah sikit kena denda..kena daftar alat eletrik la, itu la..ini laa...act, benda2 alah ni bagus jugak untuk melatih diri supaya lebih berdisiplin..tapi bagi orang yang degil macam aku ni, mmg hampeh habes la kena duduk hostel.

first thing masa masuk hostel, pelbagai benda bermain di fikiran..kawan baru, tempat baru, katil lama..ohh~~! sangat xsuka...and yg paling saket ati bila isi rumah sudah ditentukan..kalau dulu, boleh je pilih nk duduk dgn sape..nasib baek aku stil bersama roomate ku..haha!gelak besar!

kalau dulu ( stayed kat umah sewa )..

- suka hati je nk balik kul bapa...12 tgh malam ke 1 pagi ke.. sekarang? before kul 12 mesti terpacak depan pintu pagar hostel...after that, sure tido kat luar berlengan kan tangan la jawabnya!

- boleh jer bukak radio kuat2, memekik, terjerit terlolong cam orang gila..takde sapa nk tegur ( nasib la dapat jiran sporting ) ...sekarang? semua kena control..kena hormat orang2 dalam umah yg nk study..xboleh nk bising2...hoho~~!

- kawan baru??? sangat susah bila nk "ngam" dengan orang baru..aku ni dah la susah skit nk bukak mulut..orang ckp ada lombong emas dalam mulut..kalau boleh gadai, dah kaya agaknya..haha. harap2 bila dah lama2 sikit ok la kan?

- bila duk hostel ni, mulala nk homesick xtentu pasal. kalau duk umah sewa dulu, oke je..parents jauh jugak..xboleh nk jumpa every week jugak. tp entah! lain je rasa.

- paling xbest, air kat sini kotor! nk masak air panas pun susah. haih! nk masak makanan lain memang la xboleh. bayangkan lah, kalau masak kena denda sampai rm 50. gila hape! baek aku makan pizza ke ape ke. lagi sedap!

tapi bagus jugak duduk hostel ni..

-ada  wireless free.. (yang ni mmg penting)..mana bole hiduo xde internet woo~~!
-katil, tilam sume xpayah fikir nk beli..mmg dah tersedia..
-bil eletrik, air sume kolej tanggung..gunala byk mana pon, xde orang nk peduli..suma tu terletak pada diri la nk berjimat or apa..kalau membazir tu kan amalan syaitan..jgn diikut :))

for me, mana2 pun bole..cuma take time la untuk sesuai kan diri dengan suasana baru.. why kena masuk hostel? because, aku dah jadi budak junior balik! hahaha...kecian kan?

With Love : Sue

Thursday, July 15, 2010

???

senang untuk menyayangi,
sukar untuk melupakan,
dan sengsara pabila berpura-pura.

sakit kan? sendiri cari penyakit dan sendiri harus selesaikan.
semester baru bermula.
tidak lagi sebagai seorang pelajar diploma, namun sebagai seorang pelajar ijazah sarjana.
rasa masih sama.
luka masih terus berdarah
kapan ia akan sembuh?
termenung sejenak..

jangan mengharap pada yg tidak sudi
harus melupakan atau menjauhkan diri?
masih keliru
hati! berhenti!
tapi kelaut mana harus ku lari?

With Love : Sue