Tuesday, July 20, 2010

mencari kebenaran

adakah semua yang berlaku selama ini adalah kesilapan yang amat besar dilakukan? menyesali? mungkin. tapi lidah tidak pernah tewas dari menuturkan sesuatu yang mungkin menyakiti perasaan orang di sekeliling. tanpa sedar. bukan sengaja. tapi sering disalahertikan. salahkah untuk memberi pendapat. mendengar segala keburukan. terguris. sakit. namun semua itu mungkin ada kebenaran. masih cuba mencari dan menggali sekelumit kebenaran. terasa bersalah jika tidak bertentang mata dengan empunya diri. andai apa yang di dengar adalah salah, maka berfitnah la aku. dan andai ia adalah benar, mengumpatlah aku. maaf. pada mereka yang terlibat. mungkin kehadiran mengganggu ketenteraman diri.

With Love : Sue

2 comments:

sI tEDI said...

perlu face to face untuk leraikan semuanya?

Ervina Razali said...

lumrah kehidupan...
hadapi ngn senyuman walupn pahit..