Wednesday, April 24, 2019

Come back!

Fuhh fuhh.  Bismillahirrohmanirrohim..

After years baru nak buat comeback.  Actually,  aku dah tak ingat kewujudan blog ni.  Puas teman mikior nama blog ni.  And finally jumpa jugak.  Entah kenapa malam ni mood nak menulis kembali.

FYI,  almaklumlah bila bertahun aku tak menulis,  banyak memori2 yang berlalu pergi seperti angin lalu.  Bila jumpa blog ni,  habis aku buat throwback.  Uishh.  Kemain ye dulu.  Semua nak story sini.  HAHA.  Tapi seronok jugek dapat baca kisah kisah zaman hingusan dulu.  *flip hair*

Azam tahun 2019, nak kembali aktif berkarya.  Ececeywahh.  Insya Allah.  Teman cuba ye mike. 

Ramadhan pun menghampiri.  Ayuh la buat persiapan apa yang patut. Puasa dah habis ganti belum?  😜

Later aku update lagi.  Adios. 

Sunday, March 18, 2012

jangan berhenti berharap

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan..
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan...
kadang-kadang kita rasa kecewa,sedih dan terluka..
Tapi jauh di atas sana DIA sedang mengatur yang TERBAIK UNTUK KITA..
Kita merancang ALLAH juga merancang..
Tetapi perancangan ALLAH lebih baik untuk kita...

Jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah..
Hanya Dia tempat kita mengadu..

With Love : Kasut pelangi corak corak rainbow

Saturday, March 17, 2012

i love you mom!

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
mama..i love u!!!

With Love : Kasut pelangi corak corak rainbow

Friday, March 16, 2012

fikir dulu

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup ... 
bersyukurlah dengan apa yang dimiliki sekarang..ameen =)


With Love : Kasut pelangi corak corak rainbow