Sunday, March 18, 2012

jangan berhenti berharap

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan..
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan...
kadang-kadang kita rasa kecewa,sedih dan terluka..
Tapi jauh di atas sana DIA sedang mengatur yang TERBAIK UNTUK KITA..
Kita merancang ALLAH juga merancang..
Tetapi perancangan ALLAH lebih baik untuk kita...

Jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah..
Hanya Dia tempat kita mengadu..

With Love : Kasut pelangi corak corak rainbow

Saturday, March 17, 2012

i love you mom!

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
mama..i love u!!!

With Love : Kasut pelangi corak corak rainbow

Friday, March 16, 2012

fikir dulu

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup ... 
bersyukurlah dengan apa yang dimiliki sekarang..ameen =)


With Love : Kasut pelangi corak corak rainbow

Thursday, March 15, 2012

wake up suhaini!

okeyh. hati aku lembut bagai sponge.
tapi betul ke apa yag aku buat sekarang?
aku kurang pasti. 
aku semakin mudah lupa dengan apa yang pernah terjadi dulu.
syukur Alhamdulillah.
doa aku termakbul.
aku terlupa kita pernah bersama dan kau pernah menyakiti aku.
tapi kenapa semua itu perlu diungkit.
kau hadir secara tiba-tiba.
yes. aku sebenarnya sudah lama kuburkan segala rasa yang ku ada untuk kau.
rasa itu telah ku ganti dengan dia yang baru.
tapi, kenapa sekarang. kenapa disaat aku dapat lepaskan semua berlalu baru kau hadir.
aku redha. mungkin ini ketentuan yang maha Esa.
aku pasrah. kerana mungkin ini telah tertulis di luh mahfuzku.
tapi aku bersyukur.
aku bersyukur kerana tiada lagi dendam antara kita.
yes.
kau bahagia dengan pasangan mu dan begitu juga aku
fuhh fuhhh..cik suhaini oit..
tolong eyh...
tolong jauhkan diri anda dari orang-orang yang tak sepatutnya..

With Love : Sue

Tuesday, March 13, 2012

wujud lagi

baru ku sedar blog ini masih wujud,
itulah fungsi diary elektronik.
baca balik entry2 lama.
kelakar ohh ohh ohhh
rasa sangat kebudak-budakkan.
tapi rasanya tak salah kalau kita meluah kan. ye dak.
tak suka? syuhhh. sila pegi jalan tempat lain.


*niy pon sebab ada orang tegur pasal post2 yang lama2 tu..hahahha
With Love : Sue