Wednesday, August 25, 2010

terjatuh di tengah landasan


melangkah. dan terus melangkah. meninggalkan sgla yg berada dibelakang. nekad. dalam hati. tidak mahu lagi berpaling. hanya mahu pandang kehadapan. yang lepas. biarkan ia berlalu. menjadi sejarah silam yang tersemat di kalbu. jauh. dalam hati. simpan ketat-ketat. tidak mahu terungkai lagi.

namun. tidak semua yang di rancangkan berjalan seperti aturannya. langkah itu melangkah laju. dan terjatuh. jatuh di tengah landasan. tanpa disedari. ruang itu terasa kosong. sunyi. sepi. tiada yang mempeduli. terlalu kerap ia terjadi. digagahi diri. bangun. cuba untuk melangkah ke tapak seterusnya. jatuh. dek kerana sakit yang ditanggung.

terduduk. diam tanpa kata. hanya bebola mata melilau melihat suasana sekeliling. padat. tapi tiada seorang pun yang cuba untuk mendekati. takut barangkali. fikiran ligat berputar. mengetatkan nat-nat yang sudah longgar dari tempat asal. mencari sekelumit idea. tetapi masih gagal. jangan mudah mengalah. bisik si hati.

to be continue...

With Love : Sue

No comments: