Thursday, September 30, 2010

yer. saya jahat. so?

bila kita baik dengan orang, orang selalu tindas hati kita kan. kenapa orang tak tindas tempat lain. kaki ke, hidung ke, mata ke, bontot ke.. asyik2 nk tindas hati. sebab apa hati..ada apa dengan hati.. sebab hati tu macam kapas. senang sangat nak attack.walaupun keras, tapi senang je nak cair. tak perlu nak panaskan atas api pun dah boleh cair. 

susah betol kalau niat kita yang lurus macam highway tu disalahertikan. walaupun kita penah ada krisis dengan someone, tapi tak semestinya semua kita kena simpan dalam hati. dalam perhubungan, mana ada 24/7 baik je. mesti ada jugak yang akan tergigit lidah. walau sedar atau tidak. terlanjur kereta boleh masuk gear reverse, then reverse, tapi kalau dah terlanjur kata apa boleh buat. ye dak?

lagi tak faham bila ada orang yang suka bermuka-muka. even tengah bersemuka. tapi ntah berapa banyak muka dia ada. pelik. tapi ini adalah benar. serius oke. orang macam ni susah nak describe. depan manis sangat. gelak. senyum. ramah. layan macam takdak apa yang berlaku. tapi kat tangan message dgn orang lain siap kutuk2 manusia2 yang ada kat depan mata tu. kalau berdepan dengan orang yg mcm, tak sure nak buat apa. rasa macam bole calonkan untuk pelakon wanita/lelaki terbaek la kan. at least takdak la sia2 dia berlakon. 

memang hidup ni tak boleh terlalu berterus terang. but for me, keikhlasan tu penting. if tak suka, just loud it. jgn sampai org tu find out sendiri. lagi menyakitkan hati. ye dak? nati pelbagai tindakan dan andaian yang timbul. even though org tu tak bersalah, tapi adatlah hidup kat pentas dunia. banyak dugaan dan pancaroba. berhutan, bergunung dan seluas laut yang perlu ditempuh. walau tak sekuat dan sedaya mana, nak tak nak, kena jugak tempuh. 

p/s : memaafkan orang tu satu amalan yang mulia. walaupun penah gado mcm mana pon, tapi tak boleh lari dariberdepan dengan semua kenyataan tu. kita bukan tuhan. takdak kuasa. jangan fikir diri tu hero/heroin yang hebat sangat. hidup kat dunia ni sementara je. cantik ke, hensem ke, popular ke, kuat ke, semua tu sementara je. tak perlu dikejar dunia. sebab dunia tu hanya persinggahan. 

wajib disertakan dengan gambar tuan punya blog. :))


With Love : Sue

2 comments:

M a W a D D a H said...

sape yang tindas hati nini nie?? meh citer kat adah...:)

kasutpelangi said...

thanks adah..
tp manusia..tak lari dari kesilapan..
kan kan?
hehehehe just smile :)