Friday, May 14, 2010

bila janji hanya tinggal janji

bila janji hanya tinggal janji
tiada apa yang boleh dilakukan
seminggu berlalu
dan..
hanya pasrah dengan ketentuanNya
tiada hak untuk melawan hakikat sebenar
mustahil untuk menuntut janji supaya ditunaikan
ohh.
tidak lagi berdaya
hanya mampu melemparkan senyuman dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku
menanti dan terus menanti
dan ia terus menyesakkan nafas itu
segala perasaan dan fikiran tersurat mahupun tersirat akan disimpan kukuh lalu dilontarkan jauh ke sudut hati
tidak perlu dikongsi dengan sesiapa.
baru tersedar dan terjaga dari mimpi yang panjang
yang sebelumnya hanyut jauh ke lautan perasaan
dan sekarang, cuba kembali ke persisiran
status itu perlu diperjelaskan kepada diri sendiri
hubungan yang terjalin hanya sebagai sahabat
jadi, jangan pernah berlebih-lebih kerana kelak diri sendiri yang terluka
moga kamu bahagia (:

4 comments:

Keyyah said...

sungguh berpuitis adik comeil nih.. sabar ye dik..masih jauh perjalanan kitahidup ini sentiasa ada jatuh bgnnya.. skali jatuh, bgn lg n terus berlari..

kasutpelangi said...

mekasehh akk comel (:

Ervina Razali said...

tam0 ceday2 tau!
hidup kne HAPPY!!
:))

kasutpelangi said...

mekasehh for the semangat ervina (: