Sunday, March 28, 2010

problem lagi.tsk tsk!

salam blogger. 

mesti aneh dan ganjil. selalunya tiada salam akan diberikan sebagai pendahuluan. oke. straight to the point.

sekarang jiwa tengah kacau, kepala tengah serabut. hati tengah saket. dun know why. bila semua masalah hanya aq yg cuba untuk settle kan dengan sesempurna mungkin.

yes. nobody perfect. cepat habaq mai kat aq. sapa kt dunia niy yg memang perfect habis? meh2. tunjukkan sikit wajah tu. takda kan? kan?

so, semua benda yg berlaku dalam hidup ini kita tidak boleh kawal sepenuhnya agar ia menjadi se"perfect" mungkin. pasti ada saja yang berlaku didalam atau diluar jangkaan. dan selalunya perkara yang diluar jangkaan yang akan berlaku. tapi tidak harus untuk menyalahi atau memarahi sesiapa. kerana sedar semua ini mungkin dari kesilapan diri sendiri. 

dan sekarang, apabila semua benda dan perkara yang telah terjadi diletakkan atas bahu sendiri, terasa berat seperti memikul sepuluh guni beras yg padat isinya. berat dan tidak tertanggung. cuba menghadapi dan memilih cara yang dikira terbaek untuk mereka dan diri sendiri, namun ada saja yang tidak kena. dan yang parahnya, segalanya hanya menyalahkan seseorang yg telah berusaha menyelesaikan semua masalah ini dengan keputusan yang sangat rasional. bukan seorang tapi semua. 

penat. ya. aq penat. penat dengan keadaan. penat dengan orang2 yg tidak pernah cuba untuk memahami diri ini. penat untuk berhadapan dengan mereka2 yang hanya tahu memblame orang atas kesalahan diri sendiri. bak kata pepatah, "terlanjur perahu boleh diundur, tapi terlanjur kata, binasa diri sendiri." janji2 manis hanya tinggal janji. rasa seperti maho berlari ke hutan dan suatu tempat yg tidak ada seorang pun yang mengenali diri ini.

aq tahu, dengan melarikan diri dari masalah, itu hanya untuk SANG PENGECUT. aq bukan pengecut, cuma sabar aq ada batasnya. aq juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. telah kucuba lakukan semuanya yang terbaek untuk aq dan mereka, namun semuanya kelihatan seperti menuang air ke daun keladi. mungkin peribahasa itu tidak sesuai tapi itulah hakikatnya. dan aq hanya mampu memendam rasa.

bukan mahu meninggalkan, tidak juga memutuskan. tetapi kurasakan ini yang terbaek. meninggalkan segala memori silam dan mencipta kenangan baru. memutuskan segala benda yg membolehkan aq berhubung dengan mereka. biarlah aq sendiri. memberi ruang untuk diri ini relaks setelah sekian lama dibebani dengan pelbagai dugaan dan masalah yang mendatang.

aq tidak mengeluh. cuma aq terfikir. adakah aq tidak layak untuk berada di dunia niy? memang tidak patot aq salahkan segala suratan yang tertulis. memang benar, aq terkadang tidak puas hati dengan keadaan. dengan layanan yg aq terima. tp bila terfikir kembali, aq tidak harus begitu. harus redha dengan segalanya. dan menambahkan semangat untuk meneruskan hidup yg masih panjang ini. 

kita tidak pernah tahu apa yg terjadi keesokan hari, jadi perlulah bersedia dengan hati dan mental yg kuat. yer. memang mudah untuk dituturkan, tp untuk melaksanakan hanya Tuhan yg tahu betapa peritnya diri iniy. biarlah semua itu hanya aq yg tanggung. bukan tidak mahu berkongsi, tp...ehmm.biarlah rahsia.

kepada kalian :
maafkan aq atas segala kesilapan yg telah dilakukan. eventhough aq tau, that not totally my fault. tapi tak kisah lah, korang boleh blame aq, marah aq and whatsoever yg sewaktu dengannya. time2 cenggini la korang boleh marah aq puas puas2. after this, haa jgn harap beb. :)

hum, aq stop dulu. tulis panjang2 pon bukan korang bace. jadinye...daaaa...

p/s: maybe i need to change my phone number. should i? apa pendapat korang??

2 comments:

sha said...

tuhan tu adil.
wat u give and u will repay that.
try ur best.
1 week.u will noe that.
haha.

kasutpelangi said...

thanks sha! i'll....